TAJUK : PERANAN DAN SUMBANGAN MASJID JAMEK SAMADIAH PELABUHAN KLANG
DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN (PENSYARAH CTU101)
DISEDIAKAN OLEH : NUR AFIQAH BINTI MOHD YOUSSOF
DISEDIAKAN OLEH : NUR AFIQAH BINTI MOHD YOUSSOF
NO MATRIK : 2011660076
KUMPULAN : BMD1CH
PROGRAM : DIPLOMA ANALISIS PELABURAN
PROGRAM : DIPLOMA ANALISIS PELABURAN
TAJUK: PERANAN DAN SUMBANGAN MASJID JAMEK SAMADIAH PELABUHAN KLANG
1. Isi kandungan
2. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Pengertian Masjid
4. Ahli Jawatankuasa
5. Program yang diadakan dan sumbangan untuk masyarakat
6. Cadangan
7. Penutup
8. Rujukan
ABSTRAK
Saya telah memilih masjid sebagai bahan kajian saya dalam subjek CTU 101. Hal ini kerana masjid tersebut terletak berhampiran dengan kawasan perumahan saya selain ibu saya juga merupakan AJK bagi masjid tersebut. Perkara ini memudahkan lagi serta membantu saya untuk membuat kajian mengenai masjid tersebut. Masjid yang telah menjadi bahan kajian saya ialah Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang. Masjid ini telah menjadi pilihan saya kerana masjid ini giat menganjurkan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat. Saya akan menerangkan lebih lanjut mengenai masjid ini di dalam bahan kajian saya.
PENDAHULUAN
Assalammualaikum w.b.t. dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membuat kajian mengenai masjid di kawasan perumahan saya iaitu Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang. Tujuan saya menulis esei ini adalah untuk berkongsi serta mengetahui lebih lanjut mengenai masjid ini. Masjid ini telah menjalankan pelbagai aktiviti serta memberi banyak sumbangan kepada masyarakat. Aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan semua peringkat umur. Tidak kira sama ada muda atau tua, boleh turut serta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh masjid ini. Dalam bahan kajian saya ini,saya akan menerangkan serta berkongsi maklumat mengenai latar belakang masjid dan peranannya terhadap masyarakat.
KONSEP
Perkataan masjid berasal daripada bahasa Arab iaitu sujud dan sajjadah. Maksud masjid dari sudut bahasa ialah tempat bersujud. Kata dasarnya ialah sajada, yasjudu, sujudan. Manakala maksud masjid dari segi istilah ialah masjid merupakan tempat untuk mmalakukan sujud atau sebagai tempat yang digunakan untuk beribadat kepada Allah. Maknanya sujud adalah sebagai unsur dan lambang tunduk dan patuh manusia kepada Allah. Rasulullah bersabda maksudnya : “ seluruh alam ini adalah masjid kecuali kubur dan bilik mandi “. Berdasarkan kepada maksud hadis tersebut, seluruh bumi adalah tempat sujud kepada Allah. Ini bererti bahawa seluruh bumi adalah tempat untuk memperhambakan diri kepada Allah. Secara umum makna masjid adalah tempat sembahyang seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Hajj ayat 40 yang membawa maksud : “ iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata : “ Tuhan kami ialah Allah “. Dan kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah.
Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang asalnya adalah wakaf Tuan Haji Abdul Samad. Masjid ini telah dirasmikan pada 12 April 1971 oleh DYMM Sultan Selangor. Pada aslnya masjid ini ditubuhkan sebagai sebuah musolla pada tahun 1935 dan kemudiannya dikenali sebagai Masjid Jamek Samadiah mulai tahun 1970. Penubuhannya sebagai sebuah masjid telah disertai dengan pembinaan rumah-rumah pekerja di dalam perkarangan masjid. Sepanjang tahun 1985 hingga kini, masjid ini telah mengalami pelbagai perubahan di mana fasa pembangunan dan pembaikan telah dilakukan dari semasa ke semasa. Pada tahun 2007 sebuah sekolah KAFA Integrasi telah mula beroperasi di kawasan masjid di bawah pentadbiran dan pengurusan jawatankuasa masjid ini. Pada tahun 2010, masjid ini telah menerima pengiktirafan sebagai Masjid Terbaik Negeri Selangor dalam kategori Masjid Diraja dan Daerah. Masjid ini juga pernah menerima Anugerah Pengurusan Masjid Daerah terbaik pada tahun 2008.
VISI MASJID
Melahirkan satu pengurusan serta pentadbiran masjid yang terbaik, cekap, berintegriti tinggi, telus, menjadi contoh dan diredhai oleh Allah s.w.t serta mengikut sunnah Rasullullah s.a.w
MISI MASJID
Melahirkan masyarakat islam yang komited terhadap masjid dengan menyediakan kemudahan serta pelbagai aktiviti pengimarahan kepada semua lapisan masyarakat islam.
FUNGSI
Menjalankan aktiviti mengikut arahan dan enakmen perundangan pentadbiran masjid dan surau negeri Selangor.
PERANAN
Masjid ialah rumah Allah yang merupakan tempat umat Islam menunaikan solat serta melaksanakan pelbagai fungsi yang lain selaras dan sesuai dengan martabatnya yang mulia disisi Allah s.w.t.
OBJEKTIF
i. Menjadikan masjid sebagai zon aman beribadah, zon bebas siasah untuk membangunkan ummah yang dirahmati dan tempat untuk mendapatkan ketengan jiwa.
ii. Menjadikan masjid supaya sentiasa berada di dalam keadaan kondusif, selesa untuk anak kariah serta masyarakat setempat beribadah dan menjalankan program untuk memakmurkan dan mengimarahkan masjid.
iii. Membantu MAIS, JAIS, PAID serta badan NGA Islam melaksanakan serta menguatkuasakan semua enakmen, peraturan, undang-undang yang telah diwartakan di negeri Selangor.
AHLI JAWATANKUASA
Penaung : YDH Dato Haji Abdul Ghani Bin Pateh Akhir (Orang besar daerah Klang)
Penasihat : Mohd. Khalid Haji Mohammad (Pengerusi JKKK)
Nazir : Haji Mahat Bin Haji Tumin
Imam 1 : Ahmad Faizal Shahrun
Imam 2 : Haji Ahmad Shaharuddin
Imam 3 : Haji Saliman Bin Haji Abu Yamin
Timbalan nazir : Haji Shaharom Maarof
Setiausaha : Kamarudzaman Bin Haji Abd. Aziz
Penolong setiausaha : Juriah Binti Haji Ayob
Bendahari : Iqbal Zainal Abidin
Bilal 1 : Mislan Othman
Bilal 2 : Mohd Yassin
Bilal 3 : Alias Yusuf
Bilal 4 : Abd. Jalil Bin A Rahim
AJK : i- Haji Nahrayi Zainal Abidi
ii- Raja Azmi Bin Raja Abd Aziz
iii- Haji Ibrahim Kuncho Moidu
iv-Shahruddin Saad
v- Ahmed Tarruk
vi- Abd. Rahim Bahaudin
Pemuda : Misdar Mohd Yasin
Wanita : Shamsiah Husin
Pemeriksa K-1 : Mohd Yusuf Ali
Pemeriksa K-2 : Juriah Talib
Siak 1 : Saad Othman
Siak 2 :Haji Karia Nordin
AKTIVITI DAN SUMBANGAN
Pelbagai program yang dianjurkan oleh masjid ini. Antaranya ialah ceramah agama, program kursus pengurusan jenazah, program kursus haji, pertubuhan SAHABAT kerjasama Hospital Klang, sambutan maulidur rasul, karnival mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim, kelas membetulkan bacaan Al-Quran serta tajwid, tadarus di bulan Ramadhan, dan sebagainya. Segala aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi ilmu kepada masyarakat setempat.
Dengan adanya ceramah agama, penduduk setempat boleh memperoleh ilmu pengetahuan. Pihak masjid akan menjemput penceramah dari luar untuk memberi ceramah kepada masyarakat. Tajuk-tajuk yang disentuh meliputi semua aspek seperti penerangan mengenai hari kiamat, cara mendirikan solat dengan betul, zakat, dan sebagainya.
Seperti yang dinyatakan di atas, pihak masjid turut menganjurkan kursus pengurusan jenazah dengan kerjasama JAIS dan SAHABAT Hospital Klang, Selangor. Program tersebut akan mendedahkan kepada masyarakat tentang cara-cara memandikan jenazah, persiapan kain kafan, cara untuk mengafankan jenazah serta cara untuk menyembahyangkan jenazah. Program ini banyak memberi ilmu pengetahuan serta info kepada masyarakat tentang cara untuk menguruskan jenazah lebih-lebih lagi pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah dan ilmu ini boleh diaplikasikan ke atas setiap peserta jika sekiranya terdapat kematian dalam sesebuah keluarga. Di samping itu, pihak masjid turut menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah serta van jenazah. Pihak masjid akan menguruskan segala-galanya.
Di samping itu, tujuan pertubuhan SAHABAT kerjasama Hospital Klang adalah untuk membuat lawatan ke hospital, lawatan ke rumah pesakit, rumah anak-anak yatim dan rumah warga emas. Misalnya lawatan ke hospital adalah bertujuan untuk memberi khidmat nasihat dan sokongan moral serta memberi sumbangan kepada pesakit. Bagi yang beragama Islam pula, mereka akan di beri pendedahan tentang cara-cara untuk menunaikan solat ketika sakit.
Selain itu, pihak masjid turut mengadakan karnival untuk mengumpul dana bagi anak-anak yatim. Program tersebut mendapat sambutan orang ramai dan berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk diberikan kepada rumah anak-anak yatim. Selain sumbangan berbentuk wang, dengan bantuan masyarakat sekeliling anak-anak yatim turut mendapat pakaian serta makanan.
Program kursus haji anjuran bersama Lembaga Tabung Haji Cawangan Klang dan Pejabat Agama Islam Daerah pula diadakan untuk membantu masyarakat dalam membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji. Para peserta akan dikenakan RM100 seorang untuk mengikuti kursus ini. Para peserta akan dibekalkan dengan nota-nota mengenai menunaikan ibadah haji dan juga santapan diakhir kursus. Kursus ini diadakan selama 17 minggu, setiap hari ahad.
Pada setiap tahun, ketika menyambut malidur rasul, pihak masjid akan menghantar wakil untuk acara perbarisan dalam perarakan maulidur rasul. Yang uniknya kumpulan ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu kanak-kanak hinggalah ke dewasa. Dalam perbarisan tersebut, diselitkan juga penggunaan paluan kompang oleh sekumpulan remaja. Di situ terdapat sikap kerjasama antara satu sama lain walaupun terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kerjasama berkumpulan yang melibatkan pelbagai peringkat umur agak sukar namun mereka dapat memberi komitmen yang sepenuhnya. Oleh kerana komitmen yang diberi begitu tinggi dari semua pihak, mereka telah beberapa kali berjaya memenangi acara perbarisan. Di samping itu, masjid juga telah dianugerahkan dengan anugerah masjid terbersih dan terbaik dari segi organisasinya di Pelabuhan Klang.
Pada bulan Ramadhan pula, pihak masjid akan mengadakan tadarus, qiamulail, jamuan berbuka puasa, solat terawih serta pembahagian tugas memasak kepada setiap keluarga untuk juadah berbuka puasa di masjid. Persatuan SAHABAT turut mengadakan lawatan ke rumah anak-anak yatim untuk membahagikan juadah berbuka puasa kepada mereka.
Pihak masjid juga menyediakan kemudahan internet kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan dan meringankan beban penduduk yang tidak mempunyai akses internet di rumah. Selain itu, pihak masjid turut mengadakan kelas tuisyen untuk membantu anak-anak bangsa melayu supaya maju ke hadapan. Subjek yang di tawarkan ialah Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Bahasa Engliah.
BILIK MESYUARAT
CADANGAN
Setelah membuat kajian di Masjid Jamek Samadiah Pelabuhan Klang,di sini saya ingin membuat beberapa cadangan :
i. Mempertingkatkan keselamatan di kawasan masjid dan mengambil upah pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan massjid. Hal ini kerana duit tabung derma masjid sering di curi selain penghawa dingin di masjid di curi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
ii. Memperbesarkan lagi kawasan masjid agar dapat menampung jemaah yang ramai lebih-lebih lagi ketika hari perayaan menjelang.
iii. Menambah lagi kemudahan di kawasan masjid seperti memperluaskan bilik untuk mengakses internet.
PENUTUP
Syukur alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya dengan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu saya yang telah banyak memberi dorongan serta sokongan kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini selain memberi banyak maklumat serta info mengenai masjid dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Tidak lupa juga kepada pihak masjid yang telah memberi maklumat serta kerjasama dalam temu bual yang dilakukan. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Abd Aziz bin Harjin yang telah memberi tunjuk ajar untuk menyempurnakan tugasan ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.
RUJUKAN
1. Pihak masjid
2. Zailan binti Aris






No comments:
Post a Comment